Wednesday, August 29, 2012

Isu Guru Ponteng Serius






Nama            :   Stephanie Lau Shan Shan
No. Matrik     :   200930134018

Artikel            :   Isu Guru Ponteng



  


            Masalah ponteng sekolah sudah menjadi isu yang hangat secara bertahun-tahun yang lepas. Akan tetapi pada kebelakangan ini, terdapat isu guru ponteng yang dipaparkan di surat khabar dengan tajuk “Guru Ponteng Isu Serius”. Kes ini berlaku di negari Sabah, Ranau.
  “Pada 22 Februari 2010, mendapati seramai 117 guru dari 11 sekolah tidak hadir bertugas, manakala pada 25 Mei 2010 pula seramai 157 guru dari 14 sekolah juga tidak hadir bertugas.”
(The Borneo Post Online, 24/12/2011)

          Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Oleh itu, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Bukan sahaja murid yang ponteng sekolah, guru yang bertanggungjawab sebagai seorang pendidik turut terbabit dalam gejala ponteng ini.

            Menurut Supriyadi 1999, guru adalah seorang yang berilmu, berahklak, jujur dan baik hati, disegani serta menjadi teladan bagi masyarakat. Manakala dalam pasal 1 Undang-undang No. 14 tahun 2005 Tentang Guru dan Dosen, “Guru adalah pendidik profesional dengan tugas utama mendidik, mengajar, membimbing, mengarahkan, melatih, menilai, dan mengevaluasi peserta didik pada pendidikan anak usia dini jalur pendidikan formal, pendidikan dasar, dan pendidikan menengah”. Di sini, dapat kita dihat bahawa guru memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Apa yang menyebabkan seorang guru itu ponteng kerjanya? Apa yang tindakan yang dilakukan oleh kerajaan untuk menangani masalah guru ponteng di Malaysia?

        Ponteng kerja adalah antara perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan. Menurut laporan akhbar (Utusan Malaysia Online: 20 Mei 2008) terdapat seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa sebarang alasan yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap guru terbabit termasuk memecatnya. Perkara ini dikhuatiri ada kaitannya dengan tekanan kerja yang dihadapi oleh guru.

             Ramai menganggap isu guru ponteng ini suatu perkara yang terpencil. Kebanyakannya berlaku di kawasan luar bandar dan pedalaman sehingga menyebabkan Jabatan Pelajaran Negeri sukar untuk mengambil tindakan. Bagaimanapun, perkara ini jika berlarutan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kualiti pembelajaran di sekolah. Yang menjadi mangsa pastinya anak-anak murid yang mengharapkan pendidikan yang sempurna daripada guru sesuai dengan gaji mereka perolehi saban tahun.

          Pada pendapat saya, beberapa faktor yang akan menyumbang kepada isu guru ponteng ini. Antaranya adalah bebanan kerja guru yang semakin meningkat. Guru juga terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan. Contohnya apabila ada pegawai baru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri atau di peringkat kementerian, banyaklah idea dan tugasan baru yang harus dipikul oleh guru. “Bebanan ini bertambah dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid” (Harian Metro, 2005).

        Laporan awal Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru telah mendapati guru- guru di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur sebagai `guru terbeban'  memandangkan mereka terpaksa mengambil masa 74 jam seminggu untuk menjalankan tugas keguruan seperti 50.4 jam atau 68 peratus berkaitan kurikulum. Dapatan dari laporan awal itu juga didapati 12.7 peratus masa guru di negara ini dihabiskan untuk aktiviti ko-kurikulum, 8.9 peratus untuk hal ehwal murid dan 1.2 peratus untuk pengurusan asrama. Jawatankuasa itu turut mendapati 4.3 peratus daripada masa guru digunakan untuk pengurusan, 2.4 peratus kewangan, 1.1 peratus masing-masing untuk latihan dan hubungan komuniti manakala 0.1 peratus untuk pembangunan fizikal sekolah. Resolusi yang dipersetujui oleh Persidangan Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO) (1930) telah mengkelaskan guru-guru yang bertugas melebihi 48 jam seminggu termasuk dalam tugas perancangan, persediaan, penilaian, penyediaan kurikulum dan perhubungan dikategorikan sebagai terbeban (Utusan Malaysia, 6 julai 2005).


        Para pendidik hari ini mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menyediakan sumber tenaga manusia yang mampu menghadapi cabaran masa hadapan khususnya ke arah wawasan 2020. Tugas guru bukan sahaja mengajar dan mendidik terpaksa kerja- kerja tambahan seperti kerja mentadbir, perkeranian, pembantu makmal, tukang kebun atau pembantu am rendah yang sepatutnya dilakukan oleh orang lain tetapi terpaksa dilakukan oleh guru-guru (Minda pengarang, Berita Harian, 15 Januari 1997).

Ekoran dari bebanan tugas yang berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru telah menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya ditegur atau dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami “stres”. Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya (Abdul Malik, 2000). Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman (1999) yang mendapati bebanan waktu mengajar, jumlah mata pelajaran dan bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan emosi guru.

          Tekanan emosi gurulah yang menjadi faktor kedua dalam isu guru ponteng. Menurut Kyriacou (2000), stres guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Maka stress merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.

          Bebanan kerja yang semakin meningkatkan menyumbang kepada tekanan emosi guru. Pada abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut perubahan paradigm dalam kalangan guru akan secara langsung atau tidak membawa kepada tekanan terhadap guru. Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah. Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru kian menemukan halangan, kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. Jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi, mereka akan mengalami tekanan emosi.


       Berdasarkan kepada kajian oleh Jesus (2000), yang telah dijalankan di Portugal, lebih daripada 50% daripada guru yang menjawab borang soal selidik mengakui mereka mahu mencari kerja lain akibat tekanan yang berlebihan di sekolah. Adalah menjadi satu kerugian yang besar kepada negara sekiranya kebanyakan daripada guru yang tertekan meneruskan niat mereka untuk berhenti kerja kerana ianya akan menggangu proses pendidikan di sekolah dan akhirnya yang akan menjadi mangsa sekali lagi ialah para pelajar. Kerajaan juga perlu mengeluarkan kos yang besar dan menghabiskan masa yang panjang untuk melatih guru-guru baru bagi menggantikan kekosongan tersebut.

         Masalah disiplin sememangnya boleh menggugat emosi guru. Masalah disiplin pelajar di sekolah pada hari ini berada pada paras yang agak serius walaupun kadangkala kenyataan ini telah ditolak oleh pihak-pihak tertentu. Apabila guru memasuki kelas yang bermasalah, maka mereka akan sentiasa terbayang-bayangkan sikap dan perlakuan pelajar-pelajar sebegini sehinggakan kadangkala menimbulkan trauma pula kepada guru tersebut. Menurut Nogueira, kebiasaannya guru akan berfikir secara negatif apabila berhadapan dengan pelajar, contohnya “Aku bosan dengan kelakuan pelajar ini”. Pemikiran sebegini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh sikap para pelajar yang bermasalah seperti ponteng kelas, bergaduh, malas membuat kerja sekolah, membuat bising dan sebagainya. Apabila guru berhadapan dengan perkara yang sama setiap kali sesi pengajaran bermula, maka mereka akan berasa tertekan dengan keadaan tersebut. Dengan ini, guru kadangkala akan mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan masalah disiplin pelajar seperti menengking pelajar dan tidak menghadirkan diri ke kelas terbabit.

        Semasa saya berpraktikum di sekolah, terdapat seorang guru kelas yang dibuli oleh muridnya sendiri. Murid tersebut memberontak dan melawan guru tersebut dengan menolak mejanya. Akibatya, guru tersebut menangis di hadapan kelas tersebut lalu mengadu kepada pihak atasan. Pada keesokkan harinya, guru tersebut tidak hadir ke sekolah. Dengan ini jelas menyatakan bahawa disiplin dan sikap murid yang buruk menyebabkan guru tersebut hilang minat terhadap kerjanya dan seterusnya akan menyebabkan guru tersebut mengalami stres.

      Selain itu, terdapat juga guru yang ponteng kerana ingin balik kampung semata-mata. Salah satu kes yang berlaku di Sri Aman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Snowdan Lawan berkata “Ibu bapa ada mengadu guru-guru kerap ponteng mengajar kerana hendak pulang ke kampung masing-masing sebelum hujung minggu.. Kadang-kadang ada yang mengajar cuma tiga dan empat hari se-minggu kerana hendak balik.” (NamaBerita.Com, 27 Jun 2010)

          Punca-punca tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang enteng kerana ianya boleh membawa kesan yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan negara amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya kerana mereka bakal menjadi pemimpin pada masa depan . Guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran dan pentadbiran di sekolah terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak boleh diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan silibus pengajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan yang baru perlu disusun semula. Akhirnya, pelajar-pelajar kelas terbabit juga akan menerima padah apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya peperiksaan besar seperti SPM dan STPM , kesan daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar.

          Guru-guru yang ponteng kerjanya sebenarnya telah melanggar kod etika  perguruan sebagai seorang guru. Guru perlu mematuhi kod etikanya sendiri demi mermartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana telah menyediakan garis panduan bagaimana guru harus beringkah laku dalam profesion perguruan. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang akauntabilitii guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Salah satu kod etika profesion keguruan yag dilanggar adalah “Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan”. Apabila seorang guru yang ponteng kerja, ini akan memberikan imej yang tidak baik kepada pihak pengurusan, murid dan juga pihak ibu bapa. Apabila kes ini dihebohkan di kalangan ibu bapa, maka masyarakat akan berpendapat bahawa guru-guru di sekolah tersebut tidak beretika dan tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya. Bak kata pepatah “Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga”, hanya kerana salah seorang guru yang membuat kesalahan, semua guru dan sekolah mendapat nama yang buruk. Terdapat satu kes di mana seorang guru yang mengabaikan seorang murid yang hiperaktif dalam kelas dan akhirnya ibu murid tersebut memohon untuk berhenti sekolah selamanya. Ibu tersebut mengatakan dia berasa amat kecewa dengan semua guru disebabkan kes tersebut. Di sini, kita dapat lihat bahawa guru haruslah bertingkah laku baik supaya tidak menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion keguruan.


         Seterusnya, guru yang ponteng kerja turut melanggar kod etika “Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh baik kepada muridnya”. Kita tahu bahawa gejala ponteng amat serius dalam kalangan pelajar. Salah satu sebab murid ponteng kelas atau sekolah disebabkan sikap guru semasa pengajaran dijalankan. Guru-guru terutamanya guru di sekolah menengah yang sering ponteng kelas, tidak masuk kelas semasa waktu pengajaran akan menyebabkan murid-murid hilang minat terhadap subjek tersebut dan lama-kelamaannya murid akan ponteng kelas seperti apa yang ditunjukkan oleh guru tersebut. Ada di kalangan guru yang memberikan alas an terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan. Malahan kadangkala memberikan alasan kononnya dipanggil guru besar atau pengetua. Apabila seseorang guru tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh keikhlasan, maka tidak akan mendapat rasa hormat daripada murid-murid. Hal ini adalah kerana guru tersebut telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada muridnya. Menurut Dr. Ragbir Kaur (2005), setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Ini membawa maksud guru hendaklah berusaha untuk membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif. Untuk mencapai matlamat ini, guru sendiri haruslah menunjukkan satu contoh yang baik.

      Datuk Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah (JPNS) menegaskan walaupun kejadian itu mungkin terpencil, namun hal berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia mampu melumpuhkan sitem pendidikan Negara jika tidak ditangani sewajarnya. Denagan itu, JPNS telah mewujudkan satu lagi program AKUN yang dilaksanakn pada tahun 2012 – 2016. Program AKUN ini bertujuan meningkatkan peratusan kehadiran guru di sekolah sekaligus memantapkan lagi keberkesanan penyampaian serta penyebaran maklumat pekeliling dan peraturan si semua peringkat, menerusi empat strategi iaitu e-Cerap, Pemantauan Silang, Pemantauan Bersepadau dan e-Hadir. Menurut Datuk Muhiddin lagi, program itu bersifat serampang empat mata akan menekankan pemantapan kualiti perkhidmatan di peringkat sekolah yang menjadi cermin kejayaan dan pencapaian sebenar pendidikan.

         Namun apa yang membataskan pelaksanaan sistem pemantauan kehadiran bersepadu e-Hadir ini adalah capaian internet di setiap sekolah di Negeri Sabah. Jika hendak dilaksanaakan pelaksanaannya, capaian internet di semua sekolah aruslah berkeadaan baik. Jika disekolah pedalaman bagaimana mahu mengunakan aplikasi ini kerana ada diantara sekolah-sekolah pedalaman yang masih belum mempunyai capaian internet. Oleh itu sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini sebelum pelaksanaan sistem e-hadir dilaksanakan sepenuhnya. Buat masa ini sistem ini baru dilaksanakan di beberapa buah sekolah di kawasan-kawasan bandar sahaja dan sekolah-sekolah yang mempunyai capaian internet yang baik. Diharap sistem ini dapat dilaksanaka untuk kesemua sekolah di negeri Sabah supaya isu ketidakhadiran guru di sekolah tidak menjadi duri dalam daging sistem pendidikan Jabatan Pelajaran Sabah.

       Selain usaha kerajaan dalam menangani masalah ini, saya berpendapatan bahawa guru sendiri turut mempunyai tanggungjawab dalam mengelakkan masalah ini berlaku. Kebanyakan guru pada hari ini merungut mereka terlalu sibuk hingga tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran dalam kelas. Kemahiran pengurusan masa amat penting kerana tanpanya, guru mungkin akan menghabiskan banyak masa dengan melakukan aktiviti yang menghalangnya daripada mencapai matlamat. Menurut Stephen  Covey (1989) dalam bukunya ‘The Seven Habits of Highly Effective People’, menyatakan bahawa konsep masa mestilah dilihat secara menyeluruh dalam seluruh aspek yang membabitkan kehidupan manusia. Seseorng guru boleh melakukan kerja sambilan seperti mengajar piano ataupun belajar sesuatu yang diminati asalkan guru tersebut tahu membezakan mana aktiviti yang harus didahulukan dan mana pula yang harus dikemudiankan. Dengan mengamalkan kemahiran pengurusan masa yang baik, seseorang guru akan dapat melaksanakan tugasnya dengan efisien tanpa berasa stress dan tidak akan mempunyai niat untuk ponteng kerjanya.

        Di samping itu, pemerhatian dan pemantauan berterusan hendaklah dijalankan. Guru besar atau orang-orang kanannya perlu sentiasa turun padang. Sesekali masuklah ke kelas ketika guru sedang mengajar, melihat hasil murid dalam kelas-kelas. Hal ini adalah kerana dari situ penilaian dapat dibuat secara spontan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku di bilik darjah. Seperti apa yang saya dapat lihat di sekolah saya berpraktikum, guru besar sekolah tersebut akan meronda di sekeliling sekolah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan untuk memastikan setiap guru berada dalam kelas mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Dengan ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan kesedaran guru terhadap tanggungjawab sendiri sebagai seorang guru.

           Selain sebagai seorang guru, kita juga merupakan seorang pemimpin, adalanh menjadi tugas utama untuk menyahut cabaran dan perubahan sistem pendidikan supaya kita berupaya dan berkebolehan menjadi role model yang dapat memberi inspirasi dan motivasi kendiri kepada anak didik dan guru-guru lain di sekolah serta kepada ibu bapa. Sebagai seorang professional, kita harus bekerja dengan tidak ikhlas, yakni melakukan sesuatu dengan tidak mengharapkan ‘balasan’, pupuklah rasa ‘cinta’ kepada tugas dan cinta kepada organisasi tanpa mengira siapa murid yang diajar.


       Secara keseluruhannya, guru adalah orang yang selalu mendapati perhatian walau di mana mereka berada. Segala tindak tanduknya sentiasa diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Adalah menjadi satu kewajipan bagi guru-guru mengamalkan penampilan diri dan menunjukkan kesantunan yang tinggi untuk memelihara martabat profesion perguruan. Oleh kerana guru menjadi idola dalam masyarakat, maka guru perlu berupaya menampilkan diri dan mengaplikasikan nilai-nilai kesantunan supaya dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan yang dihadapinya.



Rujukan:
  1. Syed Ismail Bin Syed Mustapa (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
  2. Raja Maria Diana Bt. Raja Ali (2011). Faktor-fakor Yang Mendorong Tekanan Kerja (Stres) di Kalangan Guru Sekolah Menengah di Daerah Pasir Puteh. Diakses pada 21 Ogos 2012 dari http://eprints.oum.edu.my/666/1/faktor_raja_maria.pdf.
  3.   Mohd Fitri Bin Sahhari (2006). Tahap Beban Tugas Guru Sekolah Menengah Di Daerah Skudai: Kajian Kes. Diakses pada 21 Ogos 2012 dari http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/MOHDFITRIAP010212D2006TTP.pdf
  4. Amaran Keras Kepada Guru Ponteng: Muhyuddin. Diakses pada 21 Ogos 2012 dari http://www.namaberita.com/2010/06/amaran-keras-kepada-guru-ponteng.html.
  5. Guru Ponteng Isu Serius. Diakses pada 20 Ogos 2012 dari http://www.theborneopost.com/2011/12/24/guru-ponteng-isu-serius/
  6. Guru Ponteng: Tindakan Tegas Akan Diambil. Diakses pada 21 Ogos 2012 dari http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2008/05/guru-ponteng-tindakan-tegas-akan.html

Isu Guru Cabul Murid


Nama             :   Kung Zhi Ying
No. Matriks    :   200930134012
Artikel             :   Cabul Sebelum Rotan

   





         Kes berkenaan berlaku di sebuah sekolah menengah di Ampang, Kuala Lumpur. Seorang guru displin yang berumur lewat 30-an diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 orang pelajar perempuan Tingkatan Tiga.

                Pada hari kejadian berkenaan, kira-kira 7.30 pagi, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikut perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas. Ketika itu, seorang guru disiplin berkenaan sedang melakukan rondaan dan dia melihat 12 orang pelajar perempuan Tingkatan Tiga berada dalam kelas. Guru displin terbabit itu ingin mengambil tindakan terhadap semua pelajar perempuan berkenaan kerana tidak menghadiri perhimpunan.

          Semua pelajar cuba untuk memberi penjelasan tetapi guru disiplin terbabit itu tidak mempedulikan apa-apa pun alasan yang diberi. Malah sebaliknya, guru terbabit tersebut memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua orang pelajar perempuan sebelum mengambil tindakan. Antaranya, guru disiplin terbabit tersebut gara-gara menjadi seorang “doktor” untuk memeriksa tahap degupan jantung 12 orang pelajar perempuan berkenaan. Guru disiplin yang terbabit tersebut menyatakan bahawa dia bimbang akan tahap kesihatan semua orang pelajar akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami apa-apa masalah sekiranya dirotan oleh dia. Dengan itu, guru disiplin tersebut memegang payu dara semua orang pelajar perempuan dan dia telah mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap orang pelajar pada peringkat pertama.

            Oleh sebab semua orang pelajar perempuan berasa amat takut, maka mereka akur dengan tindakan yang dilakukan oleh guru displin yang terbabit itu. Malah tindakan yang keji dilakukan sekali lagi selepas tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama dengan memasukkan tangan ke dalam baju semua orang pelajar perempuan yang terbabit. Selepas mendapatkan kepuasan, guru disiplin tersebut merotan tangan semua orang pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan.

            Sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan yang terbabit pun mengadu perbuatan guru displin tersebut kepada ibu bapa atau waris. Waris pun mendapatkan perkhidmatan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di kawasan berkenaan dengan membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah. Sebaik sahaja menerima laporan, sepasukan anggota polis pun menahan guru disiplin yang terbabit itu berhampiran dengan sekolah menengah berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

             Akhirnya, guru disiplin yang keji itu direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan. Pada masa yang sama, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin telah dihubungi untuk mengesahkan menerima laporan selain penahanan guru terbabit.

             Menurut Lieberman, seorang tokoh pendidikan di Amerika Syarikat, beliau menyatakan bahawa profesion merupakan sesuatu perkhidmatan yang sangat unik dan penting. Sebagai seorang yang profesion, dia menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan. Bukan sahaja begitu, ahli profesion adalah pakar dalam bidang dan mempunyai kuasa autonomi serta pernah mendapatkan latihan kursus dalam sesuatu bidang kemahiran yang tertentu.

          Konsep perguruan pula dapat didefinisikan atau diertikan sebagai pengajaran (mengikut Kamus Dewan 1989). Manakala perkataan keguruan boleh diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru iaitu sesuatu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan seseorang guru.

             Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang, contohnya sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulia oleh masyarakat. 

       Menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding yang bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 – 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 – 178), terdapat lima aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) antaranya yang paling diutamakan ialah Kecemerlangan Peribadi.

     Kecemerlangan Peribadi yang dimaksudkan seperti: mempunyai nilai kendiri yang positif, berakhlak mulia, amanah, bertanggungjawab dan sebagainya. Namun, guru displin yang berumur lewat 30-an terbabit dalam kes mecabul sebelum merotan 12 orang pelajar perempuan tersebut, langsung tidak mempunyai ciri-ciri kecemerlangan peribadi yang dinyatakan di atas. Perbuatannya yang tidak berkemanusiaan ini tidak setandan dengan perkataan “profesion”. Sebagai seorang guru, mahupun guru disiplin mesti berakhlak mulia. Daripada sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, kita hendaklah sentiasa berusaha menghindarkan diri daripada semua sifat-sifat yang buruk dan keji serta memperbaiki kualiti diri dengan menambahkan amal ibadat dan mengamalkan sifat-sifat mulia dari semasa ke semasa.

            Di samping itu, Personaliti Unggul juga merupakan salah satu kecemerlangan yang perlu dilaksanakan terutamanya kita sebagai seorang guru yang profesional. Personaliti merupakan perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti juga ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru tidak kira guru biasa ataupun guru cemerlang harus mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti kesungguhan, konsep kendiri positif dan lain-lain lagi. Seperti apa yang dikatakan oleh orang ramai, guru merupakan role model kepada anak-anak murid. Oleh itu, tingkat laku kendiri seseorang guru mesti mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh diteladani oleh murid-muridnya.

      Dalam kes ini, perbuatan yang dilakukan oleh guru disiplin terbabit berkenaan tidak menunjukkan dia seorang guru yang profesion lagi tidak berkelakuan positif. Sebagai seorang guru yang berteladan baik tidak mungkin akan mengambil masa lebih kurang 10 saat untuk memegang payu dara kesemua-semua 12 orang pelajar perempuan sebagai alasan untuk memeriksa tahap degupan jantung mereka supaya pelajar tidak pengsan atau mengalami apa-apa masalah selepas dirotan. Tindakan yang keji lagi dilakukan oleh guru terbabit berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama. Malahan dia memasukkan tangan ke dalam baju semua orang pelajar perempuan untuk mendapatkan kepuasan kali kedua sebelum merotan tangan pelajar seterusnya meninggalkan kelas berkenaan. Adakah ini merupakan perbuatan yang betul untuk dilakukan oleh seseorang guru?

           Selain itu, akuantabiliti seseorang guru terhadap negara adalah harus menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Rukun Negara dengan jelas. Guru harus mendidik anak bangsa untuk menjadi seseorang warganegara yang taat setia, bertanggungjawab serta berguna. Tetapi dengan berlakunya kes yang begitu sedih ini, tidak mungkinlah guru displin yang terbabit itu dapat mendidik anak-anak muridnya dengan menjadi seorang rakyat Malaysia yang berguna. Etika atau dalam penjelasan pada Kamus Oxford, 1994, prinsip moral atau set prinsip moral, guru disiplin lelaki yang berumur lewat 30-an tersebut telah bermasalah.

               Untuk menjadi seorang guru yang profesional, guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika adalah penting kerana ia menyediakan garis panduan bagaimana seseorang guru bertingkahlaku dalam profesion perguruannya. Tambahan pula, kod etika perguruan juga menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab seseorang guru terhadap pemagang amanah dalam bidang pendidikan. Seseorang guru harus faham dan jelas akan tanggungjawab diri sendiri. Perbuatan gara-gara guru displin yang ingin menjadi doktor itu telah mencemarkan sifat profesionalnya dan secara langsungnya telah menghilangkan kepercayaan daripada orang ramai terhadap profesion perguruannya. Guru yang terbabit itu juga telah menjatuhkan maruah dirinya dengan perkelakuan sedemikian. Sudah pastinya tidak ada lagi rasa hormat ke atas guru berkenaan.

           Manusia dianugerahkan dengan deria dan fizikal antara lain untuk berinteraksi dan bergaul antara satu sama lain. Komunikasi merupakan satu asas perhubungan yang bertujuan untuk menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat atau maklumat kepada pendengar. Malahan antara ciri-ciri kemahiran berkomunikasi yang perlu ada pada setiap guru ialah bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada, suara yang kuat dan bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat serta mudah difahami. Dengan itu, tidak mempunyai sebarang infomasi yang menyatakan seseorang guru berhak untuk melakukan sentuhan fizikal semasa berkomunikasi dengan pelajar, menyampaikan arahan kepada pelajar atau mendapatkan respon daripada pelajar. Lagipun guru disiplin yang terbabit itu tidak mempedulikan alasan yang cuba diberi oleh pelajar-pelajar perempuan dan sebaliknya guru tersebut ingin melakukan pemeriksaan pada degupan jantung pelajar sebelum merotan tangan mereka.

              Kanak-kanak boleh didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-kanak 2001. kanak-kanak merupakan modal insan yang penting kepada negara. Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optinum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif. Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan mesti diutamakan. Merujuk kepada kes yang dinyatakan, 12 orang pelajar perempuan tingkatan tiga iaitu hanya berumur 15 tahun yang tergolong dalam golongan kanak-kanak telah mengalami kes mencabul sebelum dirotan oleh seorang guru disiplin di sebuah bilik darjah. Guru disiplin yang terbabit tersebut bukan sahaja memegang payu dara pelajar-pelajar perempuan dengan alasan untuk memeriksan degupan jantung mereka, malah memasukan tangan ke dalam baju pelajar perempuan sehingga berpuas hati sebelum merotan tangan pelajar. Perbuatan yang hina ini amat menjatuhkan imej sebagai seorang guru.

    Pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping akan menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka telah dianggap sebagai suatu serangan seksual yang sangat serius. Malahan pencabulan emosi tertumpu pada tiga perkara utama iaitu fizikal, emosi dan seksual. Cuba bayangkan sekiranya tidak mempunyai seorang pun daripada 12 orang pelajar perempuan berkenaan menyatakan kes yang dialami kepada waris mereka, apakah akibat atau masa depan yang akan terjadi oleh mereka? Adakah guru displin yang bertindakan keji itu dapat dikenakan hukuman?

       Apa yang sudah pastinya ialah mangsa dalam kes mestiah pelajar perempuan yang terbabit. Kesan daripada tindakan guru yang tidak bermoral ini adalah sikap murid akan berubah, berkemungkinan besar pelajar akan menjadi lebih murung atau mejauhkan diri daripada orang lain ataupun akedemik pelajar semakin merosot. Pelajar mula pudar dan tidak bermotivasi untuk berjaya. Dengan itu, pencabulan tidak boleh dibiarkan secara berterusan dan saya yakin ia kelak membawa kesan yang sangat negatif terhadap perkembangan seseorang pelajar yang terbabit.

      Menurut Santrock (2008), perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Malahan Mok Soon Sang (2009) berkata, pertumbuhan dikatakan berlaku dalam dua arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Pelajar perempuan yang berumur 15 tahun sedang mengalami akil baligh. Perubahan saiz badan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum akil baligh. Oleh itu, apabila mencapai akil baligh, bentuk badan seseorang perempuan akan mula menunjukkan sifat kewanitaannya dan bulu ketiak mula bertumbuh. Dengan merujuk kepada kes ini, pelajar perempuan semuanya hanya berumur 15 tahun, mereka masih dalam pertumbuhan dan perkembangan dari pelbagai segi tidak kira segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan terutamanya dari segi fizikal. perbuatan guru displin yang terbabit ini sangat tidak seharusnya dan dia mungkin akan menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar terutamanya pelajar perempuan.

       Justeru, tugas pendidik atau sebagai seorang guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi juga merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan itu. Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik di luar batas etika sebagai seorang pendidik. Malah kes yang dibincangkan sekarang bukan hanya menghukum anak-anak murid tetapi mencabul 12 orang pelajar perempuan di bilik darjah sebelum merotan tangan mereka. Seseorang guru yang bertanggungjawab lagi penyayang seharusnya harus menjaga anak muridnya dengan ikhlas hati dan bukannya mencabul mereka.

           Seorang guru, peranan dan sifat-sifat yang harus melayakkan dirinya untuk menjadi seorang ”role model” atau contoh tauladan yang bik kepada anak-anak murid dan masyarakat. Kalau tidak masakan ada pepatah berbunyi “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”. Oleh itu, setiap guru mesti memiliki akhlak yang mulia agar sifat-sifat mulia itu dapat diteladani dan diikuti. Apa kata kalau guru sendiri tidak dapat menjadi sebagai ‘role model’ yang baik, bak kata pepatah tadi, muridnya tentu tidak berguna. Oleh itu, untuk menjadi seorang role model yang baik, perkara yang paling perlu kita diperhatikan ialah imej yang baik. Imej seseorang guru boleh diperlihat melalui peribadi seseorang di mana daripada cara berbahasa, cara berhubung, tingkah laku, tatasusila, kebolehpercayaan, bersifat positif dan sebagainya. Malah malangnya guru berkenaan langsung tidak berhak untuk diberi kelayakkan untuk menjadi role model untuk anak-anak muridnya. Imej yang ditonjolkan tidak sepadan dengan profesionnya. Seorang guru tidak mungkin dan tidak patut mengemukakan syarat sedemikian (memegang payu bara pelajar perempuan untuk memeriksa degupan jantung) untuk menghukum anak-anak muridnya.

       Segala gerak geri, tingkah laku dan perwatakan guru akan menjadi ikutan oleh pelajar. Cara guru bercakap, berjalan, berpakaian dan paling utama dari segi akhlaknya akan diperhatikan. Kejayaan dalam menerapkan nilai-nilai murni bergantung kepada kesabaran guru kerana guru merupakan orang yang paling berpengaruh dalam pembentukan sahsiah dan ‘mind set’ seseorang individu pada tahun-tahun formatif anak-anak didiknya. Anak-anak ini memerlukan asuhan dan kasih sayang sebagaimana yang dicurahkan oleh ibu bapa mereka. Guru merupakan orang paling penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis sehingga anak-anak didiknya akan berasa sekolah seperti rumah keduanya. Sekaligus suasana yang harmonis itu dapat pula membentuk apa yang dikatakan “Sekolah tanpa takut (No fear school)”. Kalau dapat diwujudkan suasana seperti itu maka sudah tentu anak-anak didik dapat memperkembangkan potensi dan mengawal emosi secara menyeluruh dan seimbang. Dan yang pastinya suasana pembelajaran yang sedemikian dapat membantu guru-guru atau pihak sekolah mewujudkan sekolah penyayang.

      Tetapi cuba kita fikirkan adakan sekolah menengah di Ampang, Kuala Lumpur ini dapat mewujudkan suasana yang kondusif atau mewujudkan sebagai sekolah penyayang? Pada pendapat saya, hal ini tidak mungkin direalisasikan. Selepas kes mencabul sebelum merotan ini berlaku, tidak hanya murid dalam kelas berkenaan berasa takut akan guru displin tersebut, malah saya pasti seluruh warga sekolah pun akan berasa fobia untuk datang ke sekolah. Kes ini bukan sahaja akan menjejaskan emosi pelajar semasa belajar dalam sekolah itu, malah juga akan memburukan nama sekolah berkenaan. Seorang guru yang bertindak tidak moral ini akan menjejaskan seluruh nama sekolah.

            Kesimpulannya, profesion perguruan pada era yang mencabar ini tidak semudah seperti apa yang dianggap oleh kebanyakan orang (kerja mudah, separuh hari bekerja dan cuti yang panjang). Guru mempunyai tanggungjawab yang sangat besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu malah dipertanggungjawab untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Justeru, kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara, khususnya kegagalan guru itu sendiri. Seperti apa yang dikatakan oleh orang ramai, kegagalan membentuk masyarakat berakhlak mulia sama seperti mengakibatkan kehancuran pada bumi ini. Dengan itu, antara cara terbaik membentuk akhlak mulia ialah dengan memperolehi suatu teladan yang baik. Guru perlu memiliki sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga serta sentiasa berfikiran lagi bertindak positif. Mereka juga perlu bersikap suka membantu dan membimbing serta berperanan sebagai role model kepada pelajar. Guru mesti berwawasan dan menyintai pekerjaannya.

Rujukan:
  1. http://deriakacamata.blogspot.com/2008/11/ciri-ciri-guru-cemerlang.html
  2. http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760392/1/
  3. http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&catid=35:dasarpelan-tindakan&id=673:dasar-perlindungan-kanak-kanak-negara&Itemid=280&lang=en
  4. http://www.cikgublog.com/pelaksanaan-amalan-guru-penyayang/


Murid Agama Dibelasah Guru



Nama            : Gan Fong Nan
No. Matriks   :  200930134007
Artikel            :  Murid Agama Dibelasah Guru





 


Cabaran era komunikasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan Negara begitu terasa. Profesion perguruan juga merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera penggerak Negara. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat masa hadapan yag hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai social yang baik dari segi moral dan etika yang murni. Malangnya ketika aspirasi Negara, timbul pula pelbagai masalah di kalangan guru-guru.

Berita guru memukul pelajar, mendera, mencabul dan merogol anak didik sendiri sering berlaku dan menjadi topic media. Tidak kurang juga apabila ia menjadi bualan hangat di kalangan masyarakat. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media massa. Dahulu, para pendidik mempunyai status yang tinggi dalam hidup masyarakat tetapi sekarang tidak lagi.

Seterusnya, mari kita melihat bagaimana keganasan yang dilakukan guru terhadap pelajar. Pada 4 April 2011, seorang murid  iaitu Saiful Syazani Sopfidee, murid darjah satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahyiah , Alor Setar selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.

Punca kejadian mangsa dibelasah dengan teruk kerana didakwa mencuri wang RM 7 milik rakan sekelas. Mangsa iaitu Saiful Syazani yang juga merupakan anak yatim dibelasah dengan kejam oleh gurunya dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian .

Mangsa berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri hingga menimbulkan kemarahan guru berkenaan yang memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas guru memukul kepala, suspek dikatakan “naik minyak” dan guru menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama mangsa mengaami masalah pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

Menurut berita ini, guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu. Kesalahan tingkah laku guru ini bukan merupakan kes baharu yang berlaku di Negara kita, tetapi merupakan perkara yang sering dapat dibaca melalui media massa. 

Berdasarkan kes tersebut, kita dapat melihat betapa ganasnya kes ini  yang melibatkan guru. Apakah yang menyebabkan ramai guru-guru bertindak ganas? Wajarkah seorang guru yang dianggap sebagai satu jawatan yang profesional bersikap sedemikian terhadap pelajar dan masyarakat?

Pada pendapat saya, guru boleh mendenda atau memukul murid untuk mengajar dengan niat untuk menjadikan murid lebih baik, tetapi guru tidak boleh mendenda atau memukul dengan niat untuk melukakan, untuk menyakitkan atau atas dasar membalas dendam.

Jika guru hendak memukul murid, guru tersebut hendak memastikan denda dan pukulan itu dapat mengubah atau memberikan kebaikan kepada murid. Jika denda dan pukulan tidak memberi kesan dan murid masih tidak berubah (kategori murid degil tegar), guru diharam untuk memukul atau mendenda murid tersebut kerana ia tidak lagi memberi faedah kepada murid. Seperti kes diatas, guru tersebut sepatutnya telah melebihi hukuman yang sepatutnya kerana guru tersebut mengoncang badan murid serta menolak dengan kuat ke dinding, ini akan menyebabkan cedera yang parah dan akhirnya telah mengakibatkan maut.

Sebenarnya, guru tidak boleh mengenakan hukuman atau denda kepada pelajar yang melakukan kesalahan kecil dengan cara mendera atau mencela.Pelbagai cara dendaan boleh dibuat. Guru boleh paksa murid menulis karangan di rumah, dan kerja-kerja yang boleh memberikan nilai murni kepada pelajar atau dengan cara yang sesuai.

Semua hukuman dan denda yang berbentuk pendidikan telah dinyatakan secara jelas dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983 di bawah Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran. Dalam pekeliling ini diberitahu tindakan hukuman seperti mengetuk dan menyekel kepala murid, menampar, mencubit hingga lebam, memulas telinga, membuat henjutan sambil memegang telinga, mencela, mendera seperti berlari keliling padang, menjemur atau menghukum murid secara berkumpulan adalah tidak dibenarkan. Guru perlu memahami peraturan dan panduan yang telah digariskan. Sesungguhnya kebanyakan guru menghendaki murid-muridnya mematuhi segala arahan sekolah, tetapi pada masa yang sama ada segelintir guru yang enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kementerian. Ada segelintir guru menjatuhkan hukuman mengikut budi bicara sendiri. Oleh itu, guru yang terlibat dalam kes di atas telah mengingkari peraturan yang ditetap, dan beliau sepatutnya dikenakan tindakan tegas atas perbuatan beliau.

Kejadian ini mesti telah menjadi topik perbualan yang hangat di bidang pendidikan mahupun masyarakat. Persoalan yang akan ditanya adalah :”kenapa guru tersebut bertindak ganas?”. Menurut pakar psikologi kanak-kanak dan remaja, Dr. Mohd. Amin Shariff. “Biasanya bukan sengaja guru ingin menimbulkan masalah, sudah tentu punca datang daripada kenakalan atau kedegilan kanak-kanak itu sendiri. Bukan semua murid itu baik dan patuh pada peraturan sekolah. Itulah naluri kanak-kanak yang perlu kita fahami”. Saya bersetuju bahawa guru tersebut bukan sengaja sanggup untuk membelasah murid tersebut dan mengikat kedua-dua tangannya, tetapi kerana beliau terlalu marah pada masa itu sehingga hilang pertimbangannya apabila kes ini berlaku. 
Segelintir guru yang berhadapan dengan masalah disiplin mahupun masalah pencapaian akademik murid yang lemah, membuat penilaian bahawa murid perlu dihukum sebagai peringatan, pengajaran dan kesedaran kepada mereka. Mungkin guru tersebut termasuk dalam golongan yang yakin bahawa hukuman fizikal seperti merotan dan mendera akan memberi manfaat. Tetapi akibat daripada tindakan fizikal itu, kecederaan hingga luka dan lebam sudah tentu merisaukan ibu bapa. Mungkin guru berkenaan tidak berniat berbuat demikian hingga perlu mendapatkan rawatan perubatan, tetapi emosi telah memainkan peranan dalam menjalankan hukuman, sehingga kesan negatif yang berlebihan sebegitu telah terjadi.

Menurut pakar pendidikan, Prof. Dr. Robiah Sidin, guru sekarang berdepan dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai ditambah dengan pelbagai karenah. Ini berbeza dengan murid pada zaman dahulu. Ketika itu murid lebih patuh kepada guru dan ia wajar dicontohi. Bagi saya, saya dapat memahami perasaan guru kerana melalui tiga kali praktikum di sekolah, saya telah dapat melihat masalah disiplin di sekolah adalah berada pada aras yang agak serius, saya juga dapat mengesan kehebatan murid pada zaman sekarang, mereka adalah berani menentang dengan guru dan bersikap biadap terhadap guru. Ini adalah kerana murid sekarang terlalu dimanja oleh ibu bapa sehingga mereka hilang kerhormatan terhadap guru.   

Berdasarkan bancian oleh laman web utusan.com.my terhadap insiden guru menghukum atau mendenda pelajar-pelajar sekolah kerana kesalahan yang kian mendapat publisiti meluas media, ramai yang mengundi pernyataan ‘Pelajar zaman sekarang terlalu dimanjakan’ sebagai sebab meningkatnya masalah disiplin di sekolah. Undian ini merupakan undian tertinggi daripada lima pilihan. Jumlah undi tersebut adalah sebanyak 57.59% daripada 24084 undi ( data sehingga 30/7/2007). Hal ini mengambarkan bahawa ramai dalam kalangan masyarakat mengakui bahawa masalah disiplin berkait rapat dengan tindakan ibu bapa yang terlalu memanjakan anak mereka. Melalui kajian yang telah dibuat, dapat kita tahui bahawa perbuatan murid pada zaman sekarang adalah sangat teruk sehingga guru susah untuk mengawalnya. 

Selain itu, punca guru yang bertindak keterlaluan terhadap murid yang hanya 7 tahun mungkin kerana menghadapi tekanan jiwa akibat beban kerja yang terlalu banyak, tanggungjawab semakin berat dan tuntutan masyarakat yang menggunung terhadap guru. Tekanan boleh menyebabkan tahap mental dan fizikal guru menjadi rendah dan seterusnya terdedah kepada perlakuan-perlakuan yang negative sebagai satu bentuk tindak balas ke atas tekanan yang dihadapi. Oleh itu, guru yang mengalami tekanan itu kemungkinan besar bertindak dengan cara yang tidak dapat diterima akal iaitu mengikat tangan murid pada tingkap dan membelasahnya sehingga murid menjadi koma dan meninggal dunia. Tindakan seperti ini telah menjejaskan profesionalisme guru sebagai seorang pendidik. Guru seharusnya perlu mengetahui cara terbaik untuk menguruskan tekanan yang dihadapi terutamanya pada zaman yang mencabar ini. Tindakan yang tidak betul ini akan memungkinkan rekod bersih mereka tercalar ditambah pula dengan pelbagai tindakan disiplin akan dikenakan kepada mereka sebagai satu bentuk hukuman.

Selain daripada punca di atas, guru bertindak agak kasar mungkin kerana hilang kesabaran. Ini adalah kerana murid yang terlibat dalam kes ini bukan merupakan kali pertama mencuri wang, tetap menurut berita, murid itu telah banyak kali mencuri wang, mungkin pertama kali guru telah memberi peluang untuk mengubah tetapi kalau terlalu banyak kali, ia boleh menghilangkan kesabaran guru dan menyebabkan guru bertindak kasar terhadap murid tersebut. 
Walau bagaimanapun, munurut seorang kaunselor Universiti Islam Antarabangsa, Asniza Mamat, salah satu andaian punca guru bertindak ganas terhadap murid ialah guru itu sendiri tidak berminat kepada profesion perguruan. “Bila tidak minat, bagaimana seseorang guru itu hendak menyesuaikan diri dengan karenah murid. Sudah tentu mereka tidak punya perasaan sabar. Mereka mudah merasa marah. Guru juga adalah manusia biasa yang mempunyai emosi, kadangkala perasaan marahnya sampai ke tahap lupa bahawa dia adalah guru dan berhadapan dengan anak orang lain”.

Kebanyakan guru kini yang dikeluarkan dari maktab atau universiti bukan sebenarnya bercita-cita untuk menjadi guru. Apabila bilangan guru amat berkurangan, kita menerima sahaja golongan yang sebenarnya tidak begitu sesuai menjadi guru. Mereka yang dilatih di maktab dan universiti inilah ada yang bersifat negatif dan orang begini tidak sesuai sebagai guru.

Selain menyalahkan pucan kes adalah dari guru , kita juga tidak boleh menafikan bahawa punca kes juga datang dari pihak yang lain. Jangan menyalahkan guru sahaja kerana ibu bapa juga terlibat kerana kurang menekankan pendidikan moral kepada anak masing-masing. Menurut kes di atas, murid tersebut telah mncuri wang dan perbuatan ini tidak harus berlaku pada seorang murid yang hanya 7 tahun, ibu bapanya seharusnya bertanggungjawab atas perbuatan yang telah dibuat, oleh kerana mereka kurang memberi pendidikan moral dan melatih anak mereka mempunyai niat yang baik, sehingga akhirnya anak mereka telah melakukan perbutan untuk mencuri wang. 

Walau bagaimanapun, ini bukanlah menunjukkan bahawa kita harus menyokong keganasan yang dilakukan guru. Sebaliknya kita sama-sama perlu memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah agar perkara yang sama tidak berulang lagi dan bukan hanya menuding jari kepada mana-mana pihak. Pendedahan kes guru mendera murid ini juga ada kebaikan untuk masyarakat menilai semula peranan masing-masing dalam mencari penyelesaiannya. Gejala ini perlu dibendung dan semua pihak adalah terlibat. 

Pihak pentadbir sekolah haruslah memainkan peranan mereka dan membantu guru-guru agar dapat menumpuh cabaran dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar. Mereka hendaklah memastikan bahawa pada peringkat awal, guru-guru baru dan tidak berpengalaman tidak dibebani dengan tugas dan tanggungjawab yang besar dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar seperti menjadi guru disiplin atau warden. Kes di atas merupakan satu contoh yang boleh dijadikan iktibar oleh pentadbir sekolah. Guru yang berumur baru 26 tahun telah diberi tugas sebagai warden asrama. Tanggungjawab yang diberikan kepada guru muda ini tentunya amat berat. Kemungkinan guru tersebut menghadapi tekanan dan akhirnya mengambil tindakan mengikut emosi. Mungkin tindakan membelasah pelajar tidak berlaku sekiranya yang menangani masalah ialah guru yang lebih berpengalaman. 

Tokoh pendidikan, Tan Sri Prof. Dr. Awang Had Salleh mencadangkan agar Jabatan Pendidikan Negeri mengenalpasti guru-guru yang menghadapi masalah psikologi dan mengatasinya dengan segera. Beliau juga mencadangkan supaya bengkel-bengkel diadakan bukan sahaja untuk menaikkan imej dan kualiti guru, tetapi membantu mereka menghadapi situasi kerja yang semakin rumit serta mengendalikan perasaan tertekan. Dalam pada itu, kursus pengawalan emosi dan tekanan dapat membantu guru dalam menjalankan tugas mereka. Kadang kala, tekanan atau stress menyebabkan guru keterlaluan dalam tindakan mendisiplinkan pelajar.Adakalanya tekanan menyebabkan mereka tidak dapat mengawal emosi dan hilang sabar dalam menghadapi kerenah pelajar-pelajar yang nakal. 

Dr. Robiah K. Hamzah, seorang pakar motivasi sendiri mengakui bahawa jalan terbaik menangani masalah disiplin ialah guru pandai mengawal emosi. Namun, pada masa yang sama, guru juga perlu menunjukkan ketegasan dalam kelembutan (Harian Metro, Isnin 6 Ogos 2007). Jesteru, guru harus diberi pendedahan dan ilmu pengawalan emosi dan tekanan supaya mereka lebih bersedia andai terpaksa berdepan dengan perlakuan melampau batas pelajar-pelajar. Kursus pengawalan emosi dan tekanan mampu membuka minda para guru. Sudah pastinya emosi yang stabil dan fikiran yang tenang membolehkan guru mendidik dan mendisiplin pelajar dengan cara lebih berkesan. 
         Selain itu, dalam usaha mempertingkatkan kualiti guru dan menyediakan guru dengan pelbagai ilmu pengajaran, perhatian juga harus diberi terhadap faktor rohani guru. Perkembangan staff untuk para guru dan wajib diadakan di sekolah hendaklah diisi juga dengan kursus-kursus motivasi. Bukan pelajar sahaja harus dimotivasi tetapi para guru pun perlu diberikan kata-kata semangat untuk terus berjuang mendidik anak bangsa dengan niat yang ikhlas. Cabaran yang dihadapi oleh guru pada era globalisasi ini amat besar . Guru perlu dimotivasi supaya rasa cinta akan profesion mereka akan terus mekar di hati biarpun pelbagai cabaran terpaksa ditempuh. Melalui cara ini, para guru akan lebih tabah menghadapi cabaran yang mendatang. 

Kursus jangka pendek tentang kaedah dan cara mendisiplinkan pelajar oleh guru-guru yang berpengalaman terutamanya guru-guru disiplin wajar juga diadakan. Biarpun para guru (terutama guru baru) telah didedahkan dengan teori-teori psikologi kanak-kanak dan remaja sewaktu menjalani latihan perguruan namun situasi yang berlaku di sekolah ada kalanya di luar jangkaan. Diharapkan agar ilmu mendisiplinkan pelajar dan menangani pelajar bermasalah hasil daripada pengalaman-pengalaman guru-guru lama dapat dikongsi bersama-sama terutamanya dengan guru-guru baru.

Beliau turut mencadangkan untuk mengatasi masalah guru ganas ialah dengan menapis calon guru dari peringkat awal melalui ujian psikologi. Ujian ini berguna untuk menguji kesesuaian seseorang sebagai guru.

 Selain pihak sekolah dan guru harus mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini, ibu bapa atau penjaga juga harus memainkan peranan penting dan tidak harus terlalu bergantung kepada sekolah dalam menangani masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar. Ibu bapa dan penjaga harus bekerjasama dengan mengambil berat terhadap segala aktiviti yang disertai anak mereka sama ada di sekolah atau di luar sekolah, masalah disiplin ini bermula dari rumah, jika ibu bapa sentiasa mengambil berat, pasti anak mereka menjadi orang yang boleh diharapkan pada masa depan. Sarannya lagi, ibu bapa hendaklah menghentikan tuduhan, sebaliknya memastikan anak mereka tidak terbabit melakukan salah laku.Jika ibu bapa mampu mendisiplinkan anak di rumah, pasti anak mereka akan berdispilin di sekolah atau di luar rumah.

Justeru itu, semua pihak termasuk ibu bapa dan media perlulah bersikap lebih adil dan rasional apabila berdepan dengan kes guru memukul anak mereka. Cabaran mendidik dan mendisiplinkan pelajar bukanlah tugas yang mudah. Masyarakat tidak seharusnya hanya menunding jari kepada guru setiap kali timbul masalah disiplin dalam kalangan pelajar-pelajar.Tidak ada seorang guru pun yang mahu memukul muridnya sesuka hati tanpa sebarang sebab. Guru adalah pendidik dan berpendidikan. Mereka tahu kesan jika mereka memukul murid. 

Secara kesimpulannya, Ibu bapa dan masyarakat harus sedar bahawa tugas guru bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan dan mendidik. Lebih dari itu, mereka bertanggungjawab mendisiplinkan para pelajar, satu proses pembudayaan yang jarang diterima pelajar sewaktu di rumah. Oleh itu, isu guru mendera dan bertindak ganas adalah masalah yang perlu diberi perhatian semua pihak. Seterusnya penyelesaian bersama hendaklah ada terutama di antara guru, ibubapa, pelajar dan sekolah agar masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan cara terbaik. 


Rujukan :
  1. http://www.scribd.com/doc/56052564/Tercalarkah-Imej-Profesion-Keguruan-Dek-Kesalahan-Seorang-Guru
  2. http://smkbj.edu.my/index.php/14-icetheme/icecarousel/36-carousel-item-3
  3. http://cikguhijau.blogspot.com/2012/07/bolehkah-guru-denda-atau-pukul-murid.html
  4. http://etd.uum.edu.my/1727/1/Azrul_Hisham_bin_Abdul_Manaf.pdf
  5. https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:67jHLMB9MOUJ:ppdmanjung.edu.my/V02/index.php?option%3Dcom_docman%26task%3Ddoc_download%26gid%3D68%26Itemid%3D151+Surat+Pekeliling+Ikhtisas+Bil.+8/1983&hl=en&pid=bl&srcid=ADGEESjt8qRlBD3uUaZ0G5GbIPRje74bqDrgTxF2qUYz1q5hXCOJNffvp5y5cEVZ43ORa47GJMsjxI9kiZ9j-EJWUYp43Mq2F8-_o9DsW9Sb1VaFfTDGv5jRM0vPfb5e4Wf1Ke-DFegc&sig=AHIEtbQZ6vxSloz6vgLAf7BhruD4amrYGA
  6. http://sarjana.tripod.com/guru1.html